Saturday, 30 December 2017

Cerita Peperiksaan-PAC-Temuduga PTD 2017

Dalam beberapa belas jawatan yang saya mohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), hanya 1 jawatan sahaja -setakat ini- yang 'Melepasi Tapisan Semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya'.

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Maka pada akhir tahun 2016, saya duduki peperiksaan online memasuki skim PTD M41 di rumah. Haha best betul jawab exam kat bilik sendiri. Alhamdulillah ada jaringan WiFi yang kuat (Penting).
Mari kita lihat skop soalannya :

Bahagian A : Pengetahuan Am (MCQ 4 pilihan jawapan objektif) Antaranya yang masih saya ingat:
  • Susunan stage meluluskan rang undang-undang di Parlimen
  • Siapakah atlet para yang memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016 
  • Bidang keberhasilan utama negara (NKRA)
  • Inisiatif-inisiatif/program-program baru kerajaan di bawah kementerian
Bahagian B : Soalan Matematik & IQ. Tips :
  • Sila sediakan kalkulator (kalkulator saintifik sebaiknya)
  • Sila sediakan kertas conteng banyak2 untuk buat pengiraan
  • Sila bertenang semasa menjawab kerana bila hati dan minda tenang baru boleh fikir dengan baik, step by step untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
  • Jangan fokus pada satu soalan terlalu lama sebab rugi masa untuk jawab soalan seterusnya yang kadangkala sangat mudah.
Setelah tamat peperiksaan dan lulus, dipanggil ke peringkat seterusnya pula : PTD Assessment Centre atau PAC. PAC mengambil masa selama 1 hari setengah.

Hari pertama:
  • Pagi selepas pendaftaran, calon-calon akan diberikan taklimat dan menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).
  • Lepas siap UKJK, calon dibenarkan makan tengahari, rehat, dan solat Zuhur...Result UKJK akan diumumkan selepas rehat. Berdebar tunggu keputusan, macam beratur ambil result SPM. Bila dah lulus, BARULAH akan ke stage PAC sebenar. Bagi yang tidak lulus (minoriti sahaja), terpaksa pulang  dan tidak boleh meneruskan stage seterusnya.
  • Ujian pertama adalah penulisan esei Bahasa Melayu dan penulisan esei Bahasa Inggeris. Beberapa tajuk akan diberi dan calon bolehlah pilih ikut kesesuaian. Tajuk pilihan esei BI saya ialah berkisar tentang 'Entrepreneurship' kalau tak silap. Tajuk BM pula berkisar tentang 'Mengapa rakyat kurang gemar berkongsi kenderaan'. Selesai.
  • Ujian kedua adalah dalam kumpulan. Dalam 10 orang satu kumpulan. Calon akan dinilai oleh Pegawai Psikologi. Ada dua aktiviti :- 
    • Membina jambatan menggunakan straw dan cawan kertas mengikut spesifikasi yang ditetapkan, dalam masa yang terhad. Kemudian laluan jambatan itu akan diuji dengan guli dan sebiji bola kecil (bola tenis kot haha).
    • Semua kumpulan akan diperdengarkan beberapa lagu seperti hindustan, nasyid, irama Malaysia....kemudian perlu mencipta tarian dengan iringan lagu tersebut.
  • Sebelum pulang, setiap calon akan membuat dua cabutan undi untuk tajuk pengucapan awam BM&BI pada keesokan harinya. 
Selesai hari pertama. Balik rumah lenguh-lenguh satu badan. Sebelum tidur, persiapkan isi-isi yang mampu untuk pengucapan awam esok.

Hari kedua :
  • Selesai pendaftaran, terus bergerak untuk sesi pengucapan awam BM. Tajuk saya ialah 'Memupuk Semangat Nasionalisme'
  • Bergerak ke bilik lain untuk sesi public speaking. Tajuk saya berkisar tentang 'Sports in Malaysia'
  • Bergerak ke bilik untuk perbincangan kumpulan BM. Sesampainya di sana, panel akan memberi tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan. Ala-ala MUET...Tajuk kami : Banjir kilat di Malaysia.
  • Tak habis lagi. Discussion in English pula. Tajuk kami : Jack of All Trades, Master of None. Dapat tajuk ni terkojut, apa ni?? Nasib baik ada seorang ahli kumpulan jelaskan kepada kami maksudnya..maka perbincangan pun berjalan lancar.
Sepanjang hari kedua ni, di setiap bilik tugasan, ada dua Pegawai Psikologi akan sentiasa ada dan menilai nun di belakang...Tak tahu macamana mereka nilai, kadang-kadang rasa insecure juga. Hahah

Maka selesailah PAC....Tapi, ada tugasan. Balik rumah, dalam masa 24 jam, calon perlu jawab soalan psikometrik sebanyak 300++ soalan....Selesai.

Friday, 29 December 2017

Floria Putrajaya 2015

Floria Putrajaya best sebab banyak hiasan bunga yang cantik. Lepas dah penat berjalan, boleh je singgah makan pelbagai menu di gerai yang disediakan. Saya pergi ke sini lepas hantar draf tesis degree untuk tujuan viva, bersama-sama dengan coursemate...Release stress lah katakan.

Matahari terbenam

Ada macam kolam mini yang dihuni oleh itik comel


Hiasan bunga dalam perahu



Ada pameran kucing dengan pelbagai aksi mencuit hati

Antara dekorasi air terjun




Cerita tentang Tesis

Al kisahnya saya ni tak minat ke makmal, nak bermain dengan bahan kimia tu semua...Tapi, masa tahun akhir, dapat pulak tajuk tesis yang kena ke makmal..Berdebar-debar sepanjang sem nak siapkan kerja makmal....macam-macam ujian datang....bahan kimia yang dipesan lewat sampai, gas habis, tabung uji pecah, mesin analisis GC-MS rosak, TAPI.....Tuhan sentiasa membantu hambaNya...dihadirkan penyelia yang sering memberi semangat dan teguran, diberikan kakak-kakak postgraduate yang sudi membantu, dikurniakan Pegawai Sains yang tulus suci hatinya membantu melaksanakan kerja-kerja analisis sampai lewat malam...Alhamdulillah Ya Allah... Dapat juga A  untuk tesis (penting sebab jam kredit untuk tesis sangat banyakkk). Dapat juga bergraduasi dengan ijazah kelas pertama. Alhamdulillah...

Ini Nasi Beriyani Gam Johor : Menu tengahari : Rehat selepas sepanjang pagi di makmal, petang sambung lagi dushhhh

*SELINGAN*

Selain tesis, semester akhir macam biasalah ada annual dinner kolej kediaman. Masa tu, temanya adalah 'kembali ke sekolah'..kedudukan meja makan pun disusun macam di dewan makan asrama..nice idea!

Tahniah kepada AJK Pelaksana



Cerita di Universiti

Course yang saya ambil di universiti dahulu berteraskan alam sekitar. Maka banyaklah tempat di seluruh pelusuk semenanjung telah kami jelajahi. Antaranya di Pantai Timur, kerjalapangan tentang biodiversiti:

Cantik. Tenang. Indah

Seronok main air sungai sejuk

Spesies apakah ini ya?

Jenuh meredah hutan untuk menemuimu...

Kami juga pernah melawat pusat penternakan arowana di Bukit Merah :


Arowana in action

Kolam ikan




Most popular