Dalam beberapa belas jawatan yang saya mohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), hanya 1 jawatan sahaja -setakat ini- yang 'Melepasi Tapisan Semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya'.
PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41
Maka pada akhir tahun 2016, saya duduki peperiksaan online memasuki skim PTD M41 di rumah. Haha best betul jawab exam kat bilik sendiri. Alhamdulillah ada jaringan WiFi yang kuat (Penting).
Mari kita lihat skop soalannya :
Bahagian A : Pengetahuan Am (MCQ 4 pilihan jawapan objektif) Antaranya yang masih saya ingat:
- Susunan stage meluluskan rang undang-undang di Parlimen
- Siapakah atlet para yang memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016
- Bidang keberhasilan utama negara (NKRA)
- Inisiatif-inisiatif/program-program baru kerajaan di bawah kementerian
Bahagian B : Soalan Matematik & IQ. Tips :
- Sila sediakan kalkulator (kalkulator saintifik sebaiknya)
- Sila sediakan kertas conteng banyak2 untuk buat pengiraan
- Sila bertenang semasa menjawab kerana bila hati dan minda tenang baru boleh fikir dengan baik, step by step untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
- Jangan fokus pada satu soalan terlalu lama sebab rugi masa untuk jawab soalan seterusnya yang kadangkala sangat mudah.
Setelah tamat peperiksaan dan lulus, dipanggil ke peringkat seterusnya pula : PTD Assessment Centre atau PAC. PAC mengambil masa selama 1 hari setengah.
Hari pertama:
- Pagi selepas pendaftaran, calon-calon akan diberikan taklimat dan menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).
- Lepas siap UKJK, calon dibenarkan makan tengahari, rehat, dan solat Zuhur...Result UKJK akan diumumkan selepas rehat. Berdebar tunggu keputusan, macam beratur ambil result SPM. Bila dah lulus, BARULAH akan ke stage PAC sebenar. Bagi yang tidak lulus (minoriti sahaja), terpaksa pulang dan tidak boleh meneruskan stage seterusnya.
- Ujian pertama adalah penulisan esei Bahasa Melayu dan penulisan esei Bahasa Inggeris. Beberapa tajuk akan diberi dan calon bolehlah pilih ikut kesesuaian. Tajuk pilihan esei BI saya ialah berkisar tentang 'Entrepreneurship' kalau tak silap. Tajuk BM pula berkisar tentang 'Mengapa rakyat kurang gemar berkongsi kenderaan'. Selesai.
- Ujian kedua adalah dalam kumpulan. Dalam 10 orang satu kumpulan. Calon akan dinilai oleh Pegawai Psikologi. Ada dua aktiviti :-
- Membina jambatan menggunakan straw dan cawan kertas mengikut spesifikasi yang ditetapkan, dalam masa yang terhad. Kemudian laluan jambatan itu akan diuji dengan guli dan sebiji bola kecil (bola tenis kot haha).
- Semua kumpulan akan diperdengarkan beberapa lagu seperti hindustan, nasyid, irama Malaysia....kemudian perlu mencipta tarian dengan iringan lagu tersebut.
- Sebelum pulang, setiap calon akan membuat dua cabutan undi untuk tajuk pengucapan awam BM&BI pada keesokan harinya.
Selesai hari pertama. Balik rumah lenguh-lenguh satu badan. Sebelum tidur, persiapkan isi-isi yang mampu untuk pengucapan awam esok.
Hari kedua :
- Selesai pendaftaran, terus bergerak untuk sesi pengucapan awam BM. Tajuk saya ialah 'Memupuk Semangat Nasionalisme'
- Bergerak ke bilik lain untuk sesi public speaking. Tajuk saya berkisar tentang 'Sports in Malaysia'
- Bergerak ke bilik untuk perbincangan kumpulan BM. Sesampainya di sana, panel akan memberi tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan. Ala-ala MUET...Tajuk kami : Banjir kilat di Malaysia.
- Tak habis lagi. Discussion in English pula. Tajuk kami : Jack of All Trades, Master of None. Dapat tajuk ni terkojut, apa ni?? Nasib baik ada seorang ahli kumpulan jelaskan kepada kami maksudnya..maka perbincangan pun berjalan lancar.
Sepanjang hari kedua ni, di setiap bilik tugasan, ada dua Pegawai Psikologi akan sentiasa ada dan menilai nun di belakang...Tak tahu macamana mereka nilai, kadang-kadang rasa insecure juga. Hahah
Maka selesailah PAC....Tapi, ada tugasan. Balik rumah, dalam masa 24 jam, calon perlu jawab soalan psikometrik sebanyak 300++ soalan....Selesai.
Result PAC keluar dan saya lulus. Alhamdulillah. Kemudian, temuduga di SPA Putrajaya. Siapa datang awal boleh masuk interview dulu...Tak semestinya ikut waktu yang dicatat dalam surat panggilan.
Panel saya :
Pertanyaan dalam sesi temuduga kebanyakannya berkisar tentang alam sekitar. Macamana nak atasi isu alam sekitar di Malaysia ni.....Kata panel, jawapan saya semuanya jawapan tipikal dari usaha Jabatan Alam Sekitar...pendidikan, undang-undang. Panel nak idea yang baru. Yang Malaysia tak pernah buat. Nak jadi PTD kan. Idea mesti bernas. Tapi saya tak dapat jawab. Saya cuma recycle isi-isi yang saya belajar di IPT dulu.
Bila tengok saya dah kekeringan idea:
" Jadi awak rasa, apa yang kerajaan dah buat sekarang ni dah bagus dah/mencukupi?"
*Tersengih-sengih angguk*
Sudahnya, DUKACITA ANDA TIDAK BERJAYA.
Maka berakhirlah kisah permohonan PTD tahun 2016/2017 saya..


No comments:
Post a Comment