![]() |
| Pemandangan dari sebuah hotel di Kota Kinabalu |
Sabah negeri di bawah bayu
Saya berkesempatan ke negeri bertuah ini beberapa kali atas urusan kerja. Sememangnya mendamaikan. Di sepanjang perjalanan di Sabah, mata terpegun dengan kehijauan alamnya. Rakyatnya sangat berbudi bahasa dan baik hati. Pernah sekali, kami berprogram di Tawau, dan pegawai di sana menghadiahkan keychain sebagai kenangan. So cute!
![]() |
| Pemandangan dari sebuah hotel di Tawau |
Rakyatnya juga saling menghormati agama masing-masing. Jika azan sedang berkumandang, semua acara (ucapan etc) perlu diberhentikan sebentar. Bukan agama Islam sahaja dihormati, malah agama-agama lain juga.
![]() |
| Sabah tidak ketinggalan dalam pembangunan tetapi masih unggul dalam elemen kehijauan |


