Assalamualaikum.
Dalam percubaan pertama saya untuk memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), iaitu pada 2017, saya telah terkandas di peringkat temuduga.
Alhamdulillah,
Saya ditawarkan sekali lagi untuk menduduki peperiksaan online PTD bagi ambilan 2018.
Ceritanya berbeza sedikit dengan kisah tahun 2017.
Pada tahun 2018, setelah lulus peperiksaan online (STAGE 1) , calon akan dipanggil menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Pada akhir sesi UKJK, calon diberi satu tarikh khas untuk menjawab ujian psikometrik online (STAGE 2)
Setelah lulus peringkat UKJK dan psikometrik, calon akan dipanggil menduduki PTD Assessment Centre (PAC) (STAGE 3). Seperti biasa pengisiannnya, dan ini tajuk yang saya dapat :
Esei BI : Kepuasan Bekerja
Pengucapan Awam : Beli Barangan Buatan Malaysia
Public Speaking : Rasuah
Perbincangan kumpulan : Membeli rumah atau membeli kereta dahulu?
Group discussion : Poverty is a state of mind
Latihan dalam kumpulan (LDK) :-
Membina formasi berdasarkan situasi yang diberi
Perbincangan membina negara di sebuah tempat asing
Membina menara menggunakan cawan kertas dengan beberapa syarat ketat
Keputusan PAC diumumkan dan seterusnya adalah peringkat temuduga (STAGE 4). Kedua-dua panel temuduga saya ialah pegawai wanita. Mari kita lihat antara soalan yang ditanya:
- Perkenalkan diri
- How you define success?
- Apa peranan badan kebajikan/charity bagi negara?
Begitulah antara yang saya ingat. Secara umumnya, saya lebih berpuas hati dengan sistem penilaian tahun ini, iaitu PAC tidak digabungkan dengan UKJK. Memang letih kalau buat macam tahun lepas. Tahun ni juga pusat PAC saya lebih dekat dengan rumah, jadi tak perlu lagi keluar sebelum subuh..haha
tapi..
Temuduga saya adalah pada 3 Mei 2018 namun hari ini masih lagi menanti keputusan daripada pihak SPA...Doakan!
Semoga bermanfaat =)