Friday, 31 January 2020

Kem Lambaian Danau - A memorable camping trip

Alhamdulillah, sudah melangkah ke bulan kedua dalam tahun 2020 ini.

Selamat Hari Wilayah!


Taman Tasik Titiwangsa - sekadar selingan 


Okay, back to the story.


Saya baru pulang dari Kem Lambaian Danau, Jasin setelah mengikuti Modul Integrasi Kumpulan, Program DPA INTAN selama 2 malam di sana. Tapi kepulangan kali ini terasa berbeza dengan kepulangan saya dari kem-kem yang saya pernah hadiri sebelum ini di tempat lain.


"Semoga Anda Menjadi Insan Baru,Yang Tabah Mindanya, Hebat Fizikalnya, dan Mulia Pekertinya " 
-Tagline KLD yang sangat signifikan-

Di KLD, sebahagian besar pengisiannya merupakan aktiviti air. 


"Di Kem Lambaian Danau, modul kami berteraskan kekeluargaan. Peserta dan jurulatih ibarat sebuah keluarga. Walaupun sesuatu cabaran itu mungkin sukar, namun dengan bantuan rakan-rakan dan 'keluarga' kem, peserta akan menyedari potensi diri mereka lebih hebat dari apa yang mereka sangkakan"

- Quotes ini dambil dari laman web rasmi KLD, dan itulah realitinya.



Takkan saya lupakan jasa fasilitator KLD yang dengan tunjuk ajar mereka, langkah demi langkah, buat pertama kali saya tahu memakai jaket keselamatan (Buoyancy Aid Vest) dengan betul, buat pertama kali saya boleh bertenang mengapungkan diri dalam tasik, buat pertama kali terjun dan berenang dari tengah tasik hingga tiba dengan selamat ke tebing. 

Alhamdulillah. Walaupun bagi orang lain perkara ini biasa saja, tapi untuk saya yang takut air ni, hahaha - it's really a big achievement! *tepuk tangan untuk diri sendiri* 😆

Pengalaman mendayung rakit dan berlumba antara kumpulan hingga ke garisan penamat, nightwalk dalam hutan dengan hanya berpandukan tali, main water polo - an amazing experience for a beginner like me.
.
.
.
.
Dalam satu slot khas semasa modul ini di KLD, kami Kadet PTD 2020 diberikan amanat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) - untuk merenung kembali dan bertanya kepada diri sendiri, mengapakah kami memilih untuk berada di sini saat ini.

"Find your true north."

Betulkan niat. 
Bukan didasari populariti, bukan untuk mengejar kekayaan, tetapi - untuk berkhidmat kepada rakyat.

Semoga terus diberikan kekuatan untuk melangkah ke hari-hari seterusnya!


                                   
To Kem Lambaian Danau team, from the bottom of my heart, Thank You.



Sunday, 26 January 2020

Recommended : Mindset - Changing the way you think to fulfil your potential

Credit to MPH Online


Buku ini memberikan inspirasi yang sangat dalam dan sedikit sebanyak mengubah cara saya berfikir.

Isi utama yang ditekankan ialah growth mindset vs fixed mindset.

Keupayaan yang kita ada sentiasa boleh dibangunkan dan ditambah baik. Ia tidak statik.



Semoga terus kuat!

Saturday, 25 January 2020

Temuduga PTD 2019

Salam ceria 💖

Pada tahun 2019 saya telah memohon semula jawatan PTD setelah tidak berjaya dua kali berturut-turut dalam temuduga pada tahun sebelumnya.

Perjalanannya sama, iaitu ujian atas talian, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), PTD Assesment Centre dan temuduga.

Sewaktu PAC, tajuk yang saya dapat adalah seperti berikut:

1. Esei BM - Perubatan tradisional
2. Esei BI - Wajarkah hukuman mati mandatori dimansuhkan
3. Pengucapan Awam - Jerebu
4. Public Speaking - Children should not watch television
5. Perbincangan BM - Kemalangan jalan raya
6. English Discussion - Preparation for interview

Temuduga :

1. Perkenalkan diri
2. Ceritakan latar belakang kerjaya
3. Mengapa amalan hidup hijau belum menjadi gaya hidup rakyat
4. Bajet 2020
5. Masalah kepupusan hidupan liar
6. Kementerian pilihan
7. Why should we choose you as PTD

Alhamdulillah, perjalanan saringan PTD tahun ini berjalan lancar dan keputusan temuduga diumumkan 30 hari selepas hari terakhir temuduga.




Most popular