Salam ceria 💖
Pada tahun 2019 saya telah memohon semula jawatan PTD setelah tidak berjaya dua kali berturut-turut dalam temuduga pada tahun sebelumnya.
Perjalanannya sama, iaitu ujian atas talian, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), PTD Assesment Centre dan temuduga.
Sewaktu PAC, tajuk yang saya dapat adalah seperti berikut:
1. Esei BM - Perubatan tradisional
2. Esei BI - Wajarkah hukuman mati mandatori dimansuhkan
3. Pengucapan Awam - Jerebu
4. Public Speaking - Children should not watch television
5. Perbincangan BM - Kemalangan jalan raya
6. English Discussion - Preparation for interview
Temuduga :
1. Perkenalkan diri
2. Ceritakan latar belakang kerjaya
3. Mengapa amalan hidup hijau belum menjadi gaya hidup rakyat
4. Bajet 2020
5. Masalah kepupusan hidupan liar
6. Kementerian pilihan
7. Why should we choose you as PTD
Alhamdulillah, perjalanan saringan PTD tahun ini berjalan lancar dan keputusan temuduga diumumkan 30 hari selepas hari terakhir temuduga.

No comments:
Post a Comment