Monday, 23 March 2020

IKIGAI - Finding Your True North


Berkat Perintah Kawalan Pergerakan kerana COVID-19, dapat juga khatamkan buku merah ni. Buku yang memberikan inspirasi untuk terus maju ke hadapan.

Suka saya kongsikan prinsip ke-2 dalam buku ini :

" Be Clear Why You're Here "

Pasti ada tujuan yang telah ditetapkan, mengapa kita dicipta dan dipilih untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Ia berkait rapat dengan prinsip ke-24 :

" Stay Focused on Your Core Genius "

Setiap insan pasti ada kelebihan masing-masing yang unik dan tersendiri. Gunakan ia sebaik mungkin! 

-CORE GENIUS - 
Some one thing that you love to do and do so well that you hardly feel like charging people for it. It's effortless for you and a whole lot of fun. And if you could make money doing it, you'd make it your lifetime's work.

Ia mengingatkan saya kepada satu lagi buku yang menarik :


According to the Japanese, everyone has an  IKIGAI -  a reason for living.

Our ikigai is hidden deep inside each of us, and finding it requires a patient search. 

Our ikigai is the reason we get up in the morning.


So guys, keep calm and find your IKIGAI!

Thursday, 19 March 2020

Suatu Masa Dulu

Suasana desa yang mendamaikan jiwa

Semasa melewati zaman kanak-kanak pada awal tahun 2000, saya dan rakan-rakan sebaya tidak mengenali apa itu telefon pintar, laptop, tablet, YouTube... teknologi hiburan yang ada ketika itu hanyalah televisyen di ruang tamu. Telenovela paling hangat masa tu ialah Rosalinda, kalau tak silap bersiaran jam 3 petang setiap hari minggu.

Balik dari sekolah dalam jam 5.30 petang, kalau bas sekolah hantar awal, sempatlah pergi main luar rumah dengan jiran sebaya dulu sebelum balik mandi dan buat kerja sekolah matematik sambil menghadap tv. Kalau petang-petang macamtu ada drama Cina/Hong Kong di TV3. A Step into The Past, Square Pegs, tu antara tajuk drama yang masih segar dalam ingatan. Sekarang ni dah tiada, diganti dengan drama Melayu dalam slot Akasia haha. 

Malam bila pergi kelas tambahan Bahasa Inggeris, kami akan berdiskusi tentang episod drama pada hari tu. Bercambahlah pemikiran sebelum kelas tuisyen bermula 😆. Alhamdulillah, belajar dengan riang tanpa tekanan membebani minda.

Setiap akhir tahun, perasaan sedih tu pasti datang sebab mesti akan rindu suasana kelas tu dan kenangan bersama guru kelas. Rasa sebak bila nak naik darjah baru. Akan ada jamuan akhir tahun dalam kelas masing-masing. Jamuan yang ringkas, tapi seronok bila dikenang.

Dari satu sudut lain pula, bila dah dapat list buku yang kena dibeli untuk tahun depan, semangat melonjak-lonjak sebab nak belajar benda baru. Lenguh tangan lepas kena tulis nama pada setiap buku teks, buku latihan dan buku tulis yang baru dibeli. Semangat melonjak lagi kalau pandai slowtalk dengan parents, dapat juga pencil case dan beg sekolah baru, hahahaha.

Zaman sekolah rendah dulu, kami selalu buat study group. Kumpulan saya ada 5 ahli. Kami akan bergilir-gilir ke rumah masing-masing bila nak buat studygroup, ataupun bila kami ada join pertandingan di sekolah -  contohnya buat poster, buku skrap. Bila datang rumah kawan, paling tak sabar nak tahu makanan apa yang dihidangkan oleh ibu tuan rumah...😅

Alhamdulillah sebab sangat merasakan setiap saat ketika bersekolah dulu dimanfaatkan sebaiknya, belajar dan main dengan seimbang, akhirnya kini sama-sama terus berusaha mendaki kejayaan dalam hidup.

Semoga terus istiqamah, sahabat!

Friday, 13 March 2020

Modul Orientasi Pertahanan Negara


Alhamdulillah, selesai satu modul luar yang benar-benar berjaya membentuk keteguhan dan ketangkasan peribadi setiap peserta.

Dua minggu di Akademi Tentera Darat (ATD) Port Dickson, kami perlu menyesuaikan diri dengan jadual yang padat. 

Every second counts.


Saya rindu,
Bila sebelum makan tengahari, kami perlu membuat bayaran dengan berlari 3 pusingan di dewan makan.



Saya rindu,
Untuk berbaris dalam platun dan berlari sambil semua menyanyikan lagu DPA INTAN.



Saya rindu,
Nak dengar kata-kata jurulatih..
"PT 10, 3 kiraan 1, sebanyak 20 kali, latihan....mula!"
"Dalam kedudukan press support.....tukar!"
"Dapat arahan bangun, bangun dengan pantas..., bangun!"
" Kadet INTAN, Kadet INTAN......"



Saya rindu,
Untuk menyarung uniform celoreng yang menjadi kebanggaan setiap anggota pertahanan negara.



Perasaan hiba ternyata sangat sukar dibendung saat mendengar bait-bait amanat terakhir daripada para jurulatih dan sungguh ia memberi kami satu semangat yang akan kami pegang teguh khususnya apabila kami melangkah masuk ke dalam servis nanti, insyaAllah.

Modul ini telah membawa kami menyelami kehidupan sebenar anggota tentera yang tidak pernah kenal erti keselesaan dan kemudahan dalam menjalankan tugas. Mereka sanggup lakukan segalanya demi negara dan wajarlah kami bakal pentadbir negara memberikan yang terbaik untuk mereka kembali.

-Modul Tentera - 
Very tough, very demanding, yet very interesting.

Most popular