Thursday, 19 March 2020

Suatu Masa Dulu

Suasana desa yang mendamaikan jiwa

Semasa melewati zaman kanak-kanak pada awal tahun 2000, saya dan rakan-rakan sebaya tidak mengenali apa itu telefon pintar, laptop, tablet, YouTube... teknologi hiburan yang ada ketika itu hanyalah televisyen di ruang tamu. Telenovela paling hangat masa tu ialah Rosalinda, kalau tak silap bersiaran jam 3 petang setiap hari minggu.

Balik dari sekolah dalam jam 5.30 petang, kalau bas sekolah hantar awal, sempatlah pergi main luar rumah dengan jiran sebaya dulu sebelum balik mandi dan buat kerja sekolah matematik sambil menghadap tv. Kalau petang-petang macamtu ada drama Cina/Hong Kong di TV3. A Step into The Past, Square Pegs, tu antara tajuk drama yang masih segar dalam ingatan. Sekarang ni dah tiada, diganti dengan drama Melayu dalam slot Akasia haha. 

Malam bila pergi kelas tambahan Bahasa Inggeris, kami akan berdiskusi tentang episod drama pada hari tu. Bercambahlah pemikiran sebelum kelas tuisyen bermula 😆. Alhamdulillah, belajar dengan riang tanpa tekanan membebani minda.

Setiap akhir tahun, perasaan sedih tu pasti datang sebab mesti akan rindu suasana kelas tu dan kenangan bersama guru kelas. Rasa sebak bila nak naik darjah baru. Akan ada jamuan akhir tahun dalam kelas masing-masing. Jamuan yang ringkas, tapi seronok bila dikenang.

Dari satu sudut lain pula, bila dah dapat list buku yang kena dibeli untuk tahun depan, semangat melonjak-lonjak sebab nak belajar benda baru. Lenguh tangan lepas kena tulis nama pada setiap buku teks, buku latihan dan buku tulis yang baru dibeli. Semangat melonjak lagi kalau pandai slowtalk dengan parents, dapat juga pencil case dan beg sekolah baru, hahahaha.

Zaman sekolah rendah dulu, kami selalu buat study group. Kumpulan saya ada 5 ahli. Kami akan bergilir-gilir ke rumah masing-masing bila nak buat studygroup, ataupun bila kami ada join pertandingan di sekolah -  contohnya buat poster, buku skrap. Bila datang rumah kawan, paling tak sabar nak tahu makanan apa yang dihidangkan oleh ibu tuan rumah...😅

Alhamdulillah sebab sangat merasakan setiap saat ketika bersekolah dulu dimanfaatkan sebaiknya, belajar dan main dengan seimbang, akhirnya kini sama-sama terus berusaha mendaki kejayaan dalam hidup.

Semoga terus istiqamah, sahabat!

No comments:

Post a Comment

Most popular