Alhamdulillah💖
OBS done!
7 hari kami di Outward Bound Malaysia (OBM), Lumut.
Berkayak dari OBM ke Teluk Sekadeh. Sampai sana terus hiking sampai puncak. Ambil gambar, turun dan makan tengahari tepi pantai sebelum balik ke OBM dengan berkayak. Penat tapi sangat best!
Solo Camping. Sebelum datang OBM, ini antara yang agak dirisaukan. Sampai tapak perkhemahan masing-masing, bersihkan kawasan, fikir cara nak pasang khemah. Nyalakan unggun api (Yang entah kali keberapa baru jadi haha. Nak habis mancis. Hm). Masak nasi untuk lunch. Paling haru bila monyet datang nak ambil makanan 😆. Tak sempat nak panaskan kari ayam tin yang dibekalkan hmm sebab risau kalau monyet ni mengganas ahaha. Untuk dinner alhamdulilah kenyang dengan satu mess tin maggie kari. Fuh terus lepak dalam khemah. Paling bersyukur sebab cuaca baikkk.. Malam tidur dengan aman jugaklah. Thanks to insect repellent. Pagi esoknya instructor bawa kami pulang..alhamdulillah we survived solo camping!
Aktiviti rafting. Sebelum ni kami pernah berakit dalam Modul Integrasi Kumpulan. Tapi peralatannya jauh berbeza. Ada yang capsized...ada juga yang survived...haha. Nak buat rakit yang baik ni perlukan fikiran yang kreatif dan kritis, kena mahir ikatan tali...dan semua ni adalah praktis kepada teori-teori yang pernah dipelajari dalam modul-modul terdahulu.
Whaler. Keliling Pulau Pangkor lebih kurang 7 jam. Dari pagi sampai petang. Lunch pun atas whaler. Ubat mabuk laut sangat membantu alhamdulillah haha. Tahniah kepada semua!
Dalam modul ni kita akan ada bonding yang sangat kuat dengan kumpulan (watch). Semua aktiviti kita buat bersama-sama dengan 9 atau 8 orang ni (kecuali solo camping 😂) Menariknya modul ni, selepas setiap aktiviti, kita akan buat refleksi atas setiap pengalaman yang dihadapi secara berkumpulan. Jadi setiap orang akan belajar dari pengalaman diri sendiri dan juga ahli kumpulan.
We are officially ex-Bounders!
![]() |
| OBM yang akan terpahat dalam ingatan 💘 |

