Alhamdulillah, Bomba done! 💥
6 hari kami seramai 81 kadet berada di Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu untuk mengharungi Modul Bomba sebagai satu pengisian dalam DPA INTAN.
Merasai pengalaman pakai Breathing Apparatus (BA). Kalau panik, memang rasa macam nak lemas walaupun sebenarnya boleh je bernafas macam biasa haha. Kena betul-betul bertenang 😂 Kami pakai BA ni antaranya masa simulasi oil spill. Struggle duk fikir bila nak padam api ni haih...
Aktiviti lain antaranya rapelling. Yang ni syok! Kena kuatkan semangat kalau gayat sebab semua orang kena buat. Wall climbing pula tak semua sempat buat sebab kekangan masa.
Modul ni ada ujian teori juga tentang ilmu kebombaan. Ujian praktikal pula adalah ujian tali. Memang salute kat kawan-kawan yang fast learner, hebat betul boleh ingat dan buat semua ikatan dengan pantas!
p/s- Penginapan kat sini memang best. Siap ada laundry room lagi. Terbaik!!
Thank you firefighters, the unsung hero!

No comments:
Post a Comment