Sejak PKP bermula pada bulan Mac 2020, kami para kadet DPA INTAN 2020 telah meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian di rumah masing-masing. Tak sangka, sebulan penuh dapat berpuasa di rumah. Lagi tak sangka, sebulan penuh beraya di rumah. Haha...alhamdulillah!
Untuk pembelajaran online, sesiapa yang ada capaian WiFi yang baik di rumah, memang perlu bersyukur sangat kerana ia sangat memudahkan. Memandangkan DPA masih berlangsung walau bukan di INTAN, kami perlu sentiasa cakna dengan perkembangan dan maklumat semasa tentang modul-modul akademik yang sedang berlangsung khususnya, dan program DPA secara amnya. Senang kata, telefon bimbit perlu sentiasa berada di sisi setiap masa...haha.
Pada kebanyakan masa, kami gunakan portal Zoom Meeting untuk online class ni. Senang dan mesra pengguna. Kebanyakan tugasan berkumpulan pula sangat memerlukan ahli yang mahir dengan proses-proses editing video dan slides yang menarik. Skill yang sangat penting pada era pemodenan ini 😅. Selain tugasan modul akademik, banyak juga aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Sidang dan Majlis Perwakilan Pelajar yang diadaptasi secara online. Memiliki akaun Instagram dah jadi macam satu keperluan pada waktu ni. Laptop dan smartphone yang boleh berfungsi dengan efektif adalah wajib 😆
Setelah beberapa bulan di rumah, kami akan kembali semula ke INTAN pada 27/28 Jun 2020 mengikut jadual kumpulan masing - masing. DPA semasa PKP akan menjadi kenangan yang bermakna dalam hidup hehe. Bila balik ke INTAN, semuanya dengan norma baharu.

No comments:
Post a Comment