Saturday, 3 October 2020

Modul OBS

 AlhamdulillahπŸ’–

OBS done! 

7 hari kami di Outward Bound Malaysia (OBM), Lumut. 

Berkayak dari OBM ke Teluk Sekadeh. Sampai sana terus hiking sampai puncak. Ambil gambar, turun dan makan tengahari tepi pantai sebelum balik ke OBM dengan berkayak. Penat tapi sangat best!

Solo Camping. Sebelum datang OBM, ini antara yang agak dirisaukan. Sampai tapak perkhemahan masing-masing, bersihkan kawasan, fikir cara nak pasang khemah. Nyalakan unggun api (Yang entah kali keberapa baru jadi haha. Nak habis mancis. Hm). Masak nasi untuk lunch. Paling haru bila monyet datang nak ambil makanan πŸ˜†. Tak sempat nak panaskan kari ayam tin yang dibekalkan hmm sebab risau kalau monyet ni mengganas ahaha. Untuk dinner alhamdulilah kenyang dengan satu mess tin maggie kari. Fuh terus lepak dalam khemah. Paling bersyukur sebab cuaca baikkk.. Malam tidur dengan aman jugaklah. Thanks to insect repellent. Pagi esoknya instructor bawa kami pulang..alhamdulillah we survived solo camping!

Aktiviti rafting. Sebelum ni kami pernah berakit dalam Modul Integrasi Kumpulan. Tapi peralatannya jauh berbeza. Ada yang capsized...ada juga yang survived...haha. Nak buat rakit yang baik ni perlukan fikiran yang kreatif dan kritis, kena mahir ikatan tali...dan semua ni adalah praktis kepada teori-teori yang pernah dipelajari dalam modul-modul terdahulu.

Whaler. Keliling Pulau Pangkor lebih kurang 7 jam. Dari pagi sampai petang. Lunch pun atas whaler. Ubat mabuk laut sangat membantu alhamdulillah haha. Tahniah kepada semua!

Dalam modul ni kita akan ada bonding yang sangat kuat dengan kumpulan (watch). Semua aktiviti kita buat bersama-sama dengan 9 atau 8 orang ni (kecuali solo camping πŸ˜‚) Menariknya modul ni, selepas setiap aktiviti, kita akan buat refleksi atas setiap pengalaman yang dihadapi secara berkumpulan. Jadi setiap orang akan belajar dari pengalaman diri sendiri dan juga ahli kumpulan.

We are officially ex-Bounders!

OBM yang akan terpahat dalam ingatan πŸ’˜





Modul Bomba

Alhamdulillah, Bomba done! πŸ’₯

6 hari kami seramai 81 kadet berada di Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu untuk mengharungi Modul Bomba sebagai satu pengisian dalam DPA INTAN.

Merasai pengalaman pakai Breathing Apparatus (BA). Kalau panik, memang rasa macam nak lemas walaupun sebenarnya boleh je bernafas macam biasa haha. Kena betul-betul bertenang πŸ˜‚ Kami pakai BA ni antaranya masa simulasi oil spill.  Struggle duk fikir bila nak padam api ni haih...

Nozzleman tu betul-betul dekat dengan api.

Aktiviti lain antaranya rapelling. Yang ni syok! Kena kuatkan semangat kalau gayat sebab semua orang kena buat. Wall climbing pula tak semua sempat buat sebab kekangan masa.

Modul ni ada ujian teori juga tentang ilmu kebombaan. Ujian praktikal pula adalah ujian tali. Memang salute kat kawan-kawan yang fast learner, hebat betul boleh ingat dan buat semua ikatan dengan pantas!

p/s- Penginapan kat sini memang best. Siap ada laundry room lagi. Terbaik!!

Thank you firefighters, the unsung hero!



Thursday, 25 June 2020

DPA in PKP

Assalamualaikum

Sejak PKP bermula pada bulan Mac 2020, kami para kadet DPA INTAN 2020 telah meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian di rumah masing-masing. Tak sangka, sebulan penuh dapat berpuasa di rumah. Lagi tak sangka, sebulan penuh beraya di rumah. Haha...alhamdulillah!

Untuk pembelajaran online, sesiapa yang ada capaian WiFi yang baik di rumah, memang perlu bersyukur sangat kerana ia sangat memudahkan. Memandangkan DPA masih berlangsung walau bukan di INTAN, kami perlu sentiasa cakna dengan perkembangan dan maklumat semasa tentang modul-modul akademik yang sedang berlangsung khususnya, dan program DPA secara amnya. Senang kata, telefon bimbit perlu sentiasa berada di sisi setiap masa...haha.

Pada kebanyakan masa, kami gunakan portal Zoom Meeting untuk online class ni. Senang dan mesra pengguna. Kebanyakan tugasan berkumpulan pula sangat memerlukan ahli yang mahir dengan proses-proses editing video dan slides yang menarik. Skill yang sangat penting pada era pemodenan ini πŸ˜…. Selain tugasan modul akademik, banyak juga aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Sidang dan Majlis Perwakilan Pelajar yang diadaptasi secara online. Memiliki akaun Instagram dah jadi macam satu keperluan pada waktu ni. Laptop dan smartphone yang boleh berfungsi dengan efektif adalah wajib πŸ˜†

Setelah beberapa bulan di rumah, kami akan kembali semula ke INTAN pada 27/28 Jun 2020 mengikut jadual kumpulan masing - masing. DPA semasa PKP akan menjadi kenangan yang bermakna dalam hidup hehe. Bila balik ke INTAN, semuanya dengan norma baharu. 


Semoga kita sama-sama berjaya, sahabat!

Friday, 15 May 2020

PASKAL

Salam Ramadhan

Dulu masa kecik2, suka sangat tengok cerita Power Rangers dan Ultraman sebab best tengok hero-hero menyelamatkan negara dari raksasa LOL. Way back in 2018, PASKAL The Movie adalah antara filem yang paling hangat dibicarakan. Filem ni berbeza sebab ada inspirasi dari kisah benar. It's so interesting, saya tonton di pawagam 2 kali waktu tu. Up till now, PASKAL is still my favourite movie =) Penangan PASKAL  ni kepada saya secara peribadi, sampai terfikir nak tukar kerjaya menjadi seorang tentera. Haha pun bolehh. 

Dalam banyak-banyak cenderamata, ini juga yang menjadi pilihan hati untuk dibeli semasa program lawatan modul tentera di TUDM Subang

Saya paling terkesan dengan nilai teamwork yang diketengahkan. Satu team elit, dipimpin oleh ketua yang sangat kompeten dan dihormati, dan dilengkapkan dengan personaliti teammates yang berwarna-warni. Ada yang hebat menembak, sekali try terus head shot. Ada yang kelakar dan mampu menceriakan suasana tegang. Ada juga yang sangat tenang dan boleh melaksanakan task yang sangat berbahaya dengan baik. Semua ini bila bergabung, memang menghasilkan team yang padu dan mantap.

Im impressed with their inner strength too. Semasa mereka masih dalam latihan untuk menjadi anggota PASKAL, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi. Bukan calang-calang punya latihan. It demands strong spiritual, mental and physical capabilities.

"The struggle you're in today is developing the strength you need tomorrow"
 


Monday, 23 March 2020

IKIGAI - Finding Your True North


Berkat Perintah Kawalan Pergerakan kerana COVID-19, dapat juga khatamkan buku merah ni. Buku yang memberikan inspirasi untuk terus maju ke hadapan.

Suka saya kongsikan prinsip ke-2 dalam buku ini :

" Be Clear Why You're Here "

Pasti ada tujuan yang telah ditetapkan, mengapa kita dicipta dan dipilih untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Ia berkait rapat dengan prinsip ke-24 :

" Stay Focused on Your Core Genius "

Setiap insan pasti ada kelebihan masing-masing yang unik dan tersendiri. Gunakan ia sebaik mungkin! 

-CORE GENIUS - 
Some one thing that you love to do and do so well that you hardly feel like charging people for it. It's effortless for you and a whole lot of fun. And if you could make money doing it, you'd make it your lifetime's work.

Ia mengingatkan saya kepada satu lagi buku yang menarik :


According to the Japanese, everyone has an  IKIGAI -  a reason for living.

Our ikigai is hidden deep inside each of us, and finding it requires a patient search. 

Our ikigai is the reason we get up in the morning.


So guys, keep calm and find your IKIGAI!

Thursday, 19 March 2020

Suatu Masa Dulu

Suasana desa yang mendamaikan jiwa

Semasa melewati zaman kanak-kanak pada awal tahun 2000, saya dan rakan-rakan sebaya tidak mengenali apa itu telefon pintar, laptop, tablet, YouTube... teknologi hiburan yang ada ketika itu hanyalah televisyen di ruang tamu. Telenovela paling hangat masa tu ialah Rosalinda, kalau tak silap bersiaran jam 3 petang setiap hari minggu.

Balik dari sekolah dalam jam 5.30 petang, kalau bas sekolah hantar awal, sempatlah pergi main luar rumah dengan jiran sebaya dulu sebelum balik mandi dan buat kerja sekolah matematik sambil menghadap tv. Kalau petang-petang macamtu ada drama Cina/Hong Kong di TV3. A Step into The Past, Square Pegs, tu antara tajuk drama yang masih segar dalam ingatan. Sekarang ni dah tiada, diganti dengan drama Melayu dalam slot Akasia haha. 

Malam bila pergi kelas tambahan Bahasa Inggeris, kami akan berdiskusi tentang episod drama pada hari tu. Bercambahlah pemikiran sebelum kelas tuisyen bermula πŸ˜†. Alhamdulillah, belajar dengan riang tanpa tekanan membebani minda.

Setiap akhir tahun, perasaan sedih tu pasti datang sebab mesti akan rindu suasana kelas tu dan kenangan bersama guru kelas. Rasa sebak bila nak naik darjah baru. Akan ada jamuan akhir tahun dalam kelas masing-masing. Jamuan yang ringkas, tapi seronok bila dikenang.

Dari satu sudut lain pula, bila dah dapat list buku yang kena dibeli untuk tahun depan, semangat melonjak-lonjak sebab nak belajar benda baru. Lenguh tangan lepas kena tulis nama pada setiap buku teks, buku latihan dan buku tulis yang baru dibeli. Semangat melonjak lagi kalau pandai slowtalk dengan parents, dapat juga pencil case dan beg sekolah baru, hahahaha.

Zaman sekolah rendah dulu, kami selalu buat study group. Kumpulan saya ada 5 ahli. Kami akan bergilir-gilir ke rumah masing-masing bila nak buat studygroup, ataupun bila kami ada join pertandingan di sekolah -  contohnya buat poster, buku skrap. Bila datang rumah kawan, paling tak sabar nak tahu makanan apa yang dihidangkan oleh ibu tuan rumah...πŸ˜…

Alhamdulillah sebab sangat merasakan setiap saat ketika bersekolah dulu dimanfaatkan sebaiknya, belajar dan main dengan seimbang, akhirnya kini sama-sama terus berusaha mendaki kejayaan dalam hidup.

Semoga terus istiqamah, sahabat!

Friday, 13 March 2020

Modul Orientasi Pertahanan Negara


Alhamdulillah, selesai satu modul luar yang benar-benar berjaya membentuk keteguhan dan ketangkasan peribadi setiap peserta.

Dua minggu di Akademi Tentera Darat (ATD) Port Dickson, kami perlu menyesuaikan diri dengan jadual yang padat. 

Every second counts.


Saya rindu,
Bila sebelum makan tengahari, kami perlu membuat bayaran dengan berlari 3 pusingan di dewan makan.



Saya rindu,
Untuk berbaris dalam platun dan berlari sambil semua menyanyikan lagu DPA INTAN.



Saya rindu,
Nak dengar kata-kata jurulatih..
"PT 10, 3 kiraan 1, sebanyak 20 kali, latihan....mula!"
"Dalam kedudukan press support.....tukar!"
"Dapat arahan bangun, bangun dengan pantas..., bangun!"
" Kadet INTAN, Kadet INTAN......"



Saya rindu,
Untuk menyarung uniform celoreng yang menjadi kebanggaan setiap anggota pertahanan negara.



Perasaan hiba ternyata sangat sukar dibendung saat mendengar bait-bait amanat terakhir daripada para jurulatih dan sungguh ia memberi kami satu semangat yang akan kami pegang teguh khususnya apabila kami melangkah masuk ke dalam servis nanti, insyaAllah.

Modul ini telah membawa kami menyelami kehidupan sebenar anggota tentera yang tidak pernah kenal erti keselesaan dan kemudahan dalam menjalankan tugas. Mereka sanggup lakukan segalanya demi negara dan wajarlah kami bakal pentadbir negara memberikan yang terbaik untuk mereka kembali.

-Modul Tentera - 
Very tough, very demanding, yet very interesting.

Most popular